FADILAH-FADILAH

Antalhaqq

"Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah engkau diantara orang yang bersujud yakni solat.Dan sembahlah Tuhanmu sampai yakin (ajal) datang kepadamu." Al-Hijr : 98-99

Wirid Ya Latif Bekhodam

ربى الله لومنتار ملائكة كاندايـس , ملائكة جبريل , ملائكة عزرائيل , ملائكة منكر نكير

يا ملائكة كاندايـس

Gusti Allah ngoridhoni masuk inpun ruh Sunan Kalijaga Raden Syahid awal dan akhir Al-Fatihah...

يا لطيف

إنما أمره إذا أراد شـيئا أن يقول له كن فيكون

ربنا ءاتنا فى الدنيا حسـنة وفى الأخرة حسـنة وقنا عذاب النار

تـوران


إنما أمره إذا أراد شـيئا أن يقول له كن فيكون

ربنا ءاتنا فى الدنيا حسـنة وفى الأخرة حسـنة وقنا عذاب النار

Sengaja bilangan wirid diatas tidak saya masukkan kerana memandang sensitiviti pengamal yang lain. Kalimah Tauran تـوران ini saya berpendapat adalah Tuuron طـوران bermaksud Yaa Hayyu, kata setengah pendapat Yaa Muhyii dari Asma Barhatih. Ini adalah amalan memakai khodam. Wiridannya harus diritual setiap hari untuk lebih mantap. Mantra awalnya sudah rancu kerana meminta roh wali masuk ke tubuh pengamal.

Ayat Salam Ke Atas Nabi Di Dalam Quran

بسم الله الرحمن الرحيم

سلام على نوح فى العالمين
- سورة الصافات : 79
سلام على إبراهيم
- سورة الصافات : 109
سلام على موسى وهارون
- سورة الصافات : 120
سلام على إل ياسين
- سورة الصافات : 130
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين
- سورة الصافات : 181

4 Salamun Penjinak Api

بسم الله الرحمن الرحيم

قلنا يا نار كونى بردا وسلاما على إبراهيم
- سورة الأنبياء : 69
سلام على نوح فى العالمين
- سورة الصافات : 79
سلام قولا من رب رحيم
- سورة يس : 58
سلام هى حتى مطلع الفجر
- سورة القدر : 5

Khasiatnya sebagai penawar terkena api atau apa saja berkaitan panas seperti demam panas, terkena air panas dan sebagainya.

Gagah Baginda Ali

بسم الله الرحمن الرحيم

ربنا أخرجنا منها فإن عدنا فإنا ظالمون
- سورة المؤمنون : 107
يا على يا على يا على

Khasiat ayat ini ialah untuk menguatkan badan.

Rezeki Melimpah dengan Asma' Al-Wahhab

Berpuasa pada hari Khamis dan malamnya solat hajat 4 rakaat. Setiap rakaat selepas Fatihah dibaca ayat Kursi 15x dan Al-Ikhlas 25x. Selesai saja solat hajat hendaklah berselawat 100x, menghadiahkan Fatihah kepada Rasul Ulul 'Azmi. Kemudian barulah berwirid dengan Asma' Al-Wahhab sebanyak 41 000x.

يا الله ×3 يا وهـاب ×000 41


Sesudah selesai semua amalan berdoalah kepada Allah apa saja hajat. Sudah ramai yang melakukan riyadhah ini dan amat mujarab sekali. Insya Allah. Amalan ini hendaklah dilakukan dalam satu majlis yakni buat sekaligus.

Asma' Kunci

Ayat ini untuk mengunci segala benda yang telah kita isi dengan amalan kebatinan. Tujuan mengunci supaya khasiat ayat yang kita baca pada benda tidak hilang. Amalkan ayat ini 313x selama 7 hari, selepas itu cukup 11x ketika mau guna. Diperhatikan pada lafaz "Halla" saya berpendapat sebahagian dari Isim Suryani dan ianya bermaksud Asma' Allah yang mulia iaitu Al-Waduud.

مـن هـلّ رسـول الله صـلى الله عـلـيه وسـلـم

Aku tawasul anggu wesi irtum,
kunci Allah irtum,
Allahu irtum kunci Allah,
Nabi Muhammad irtum kunci Allah kepada Adam.

Ada juga mengunci dengan Ayat Kursi iaitu sebelum membaca diniatkan untuk mengunci. Ada pula dengan teknik tenaga dalam iaitu tangan diisyaratkan memutar ke arah ikut jam niat mengunci. Dan ada dengan teknik Lam Jalalah.

Amalan Murah Rezeki

Bacalah doa dibawah pagi dan petang selepas membaca surah Alam Nasyrah 10x dan surah Waqiah 1x kemudian berdoa :

الله لا إله إلا هو يا خفى الألطاف أدركنى بلطفك الخفى
سـبحانك اللهم وبحمدك أسـتغفرك ربى وأتوب إليك
اللهم إن كان رزقى فى السـماء فأنزله
وإن كان فى البحـار فأخرجه
وإن كان الأرض فسـهله وقربه إلىّ
يا الله يا الله يا الله
اللهم صل وسـلم على سـيدنا محمد النبى الأمى وعلى ءاله وأصحابه عدد خلقك يا خالق يا الله

Insyallah barangsiapa selalu beramal dengannya akan dimurahkan rezeki dan permudahkan mendapat rezeki yang halal. Ameen.

Ilmu Debus

ولقد ءاتينا داود منا فضلا - سورة سباء : 10

بسم الله الرحمن الرحيم

Wedud wedak warku woso
ora kating ngalan ku wana-wana
singa penghabisan perbawane koyo
angin topan ( Ya Hu Allah 3x )

1. Wedud wedak warku woso adalah nama urat-urat tubuh, seolah-olahnya kita seru dibangkit kekuatan alami dari urat-urat kita sendiri.

2. Cara amalannya tidak dapat dipaparkan. Kegunaannya selain kebal ialah untuk kewibawaan.

3. Secara peribadi saya masih sangsi dengan amalan ini.

Mandi nur mandi hayati, mandi hidup tiada mati, mandi penikem mandi cahayaku, cahaya di
dalam cahaya diluar, minta berkat doa cahaya


لا إله إلا الله محمد رسول الله

Gagah Baginda Ali

بسم الله الرحمن الرحيم

ربنا أخرجنا منها فإن عدنا فإنا ظالمون
- سورة المؤمنون : 107
يا على يا على يا على

Khasiat ayat ini ialah untuk menguatkan badan.

Ajian Semar Mesem 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Son ametek ajiku asmar mesem, lungo mesem teko mesem, lungo senang teko senang, teko welas teko aseh si jabang bayi', wong sak bonos صلى الله عليه وسلم , welas aseh mareng aku, aseh sangking kersane Allah Taala.

Ajian Semar Mesem

بسم الله الرحمن الرحيم

Sri Kandhi abang iya lakinira si Arjuna, adegku togog, lunguhku semar, sira welas, sira asih, ndulu badan seliraku (sebut nama dihajati), berkat doa لا إله إلا الله محمد رسول الله


Sekadar koleksi sahaja bukan di amalkan. Meraut cinta dengan bantuan khodam adalah cinta yang tidak sejati. Lambat laun berpisah jua..tidak berpisah semasa hidup, nanti ajal datang menjemput berasingan jua.

Ajian Welut Putih

Sun ametek ajiku welut putih sumurup ing padhas putih صلى الله عليه وسلم

maksudnya : sahaja aku memakai ilmu belut putih bersinar teranglah pada batu cadas (keras)
dengan berkat sallahu alaihi wassalam.


Welut bermaksud belut, salah satu ilmu yang menjadi andalan para pendekar zaman dahulu. Ilmu ini untuk mudah melepaskan diri dari kepungan musuh, mampu berendam dalam air dalam tempoh yang lama, melolos diri dari ruang yang sempit, orang yang sudah sebati dengan khodam ilmu ini dapat memasuki lubang sekecil lubang jarum. Untuk menjadi benar-benar sebati harus puasa 40 hari.

Ajian Pengasihan Prabu Joyoboyo

بسم الله الرحمن الرحيم

Niat Ingsun matak ajiku, pulunggana pulung sari, sun takokake petiku siwesi, gemebyar-gebyar marang dadaku, wong sebuwana teka welas, teka asih merang badanku, asih welas, welas aseh kersane Allah. Berkat doa لا إله إلا الله محمد رسول الله


Prabu Joyoboyo adalah Raja Pendeta yang memerintah Kediri dalam tahun Sang Kuda Cancrama (1079 Caka) abad ke-12. Nama lengkapnya ialah Sang Ma Panji Sri Dharmashwara Madhusudama Wartamin Dita, putera kepada Raja Kahuripan.

Belajar Ilmu Khodam

"Setiap ayat Quran ada khodam...tak takde masalah main khodam", "Ini khodam sedulur papat"...Begitulah antara cakap-cakap orang yang belajar ilmu khodam. Disini saya tidak bermaksud membicaranya dengan hujah-hujah dari Quran tapi mau membicaranya secara sederhana saja.

Ya memang benar, hampir kesemua para guru kebatinan menyatakan setiap wirid, ayat Quran yang kita amalkan untuk kebatinan ada khodamnya. Khodam ertinya penolong dan dimaksudkan disini penolong secara ghoib. Dalam versi ilmu hikmah memang ada ilmu melibatkan khodam dari kalangan jin dan malaikat akan tetapi dari kalangan jin beragama Islam dan soleh. Itu hanya teorinya saja....hakikatnya belum tentu khodam yang datang itu benar-benar seperti dalam teori. Kebarangkalian untuk ditipu adalah besar...yang datang hanya jin-jin munafik dengan tujuan memusnahkan manusia. Kerana itu perlu belajar dengan guru yang betul-betul arif.

Begitu juga khodam-khodam dari versi ilmu kejawen. Kebanyakkannya menggunakan jin-jin bertahap rendah yang harimau, buaya, ular, kera, burung dan sebagainya lagi.

Kita yang belajar tidak mengetahuinya kerana teori bahawa ini ilmu ampuh, amalan para sesepuh, yang benarnya mengundang jin-jin berupa binatang mari menempel ke tubuh kita. Bila sudah sebati...dan kita mati, itu akan mengundang masalah kepada kaum kerabat kerana jin akan mencari warisnya disebut dengan istilah "saka".

Lebih baiknya dalam mengamalkan suatu ilmu kebatinan tidak melibatkan khodam khusus seperti amalan para ulama arifin yang kuasanya hanya terletak pada Allah bukan khodam-khodam yang memainkan peranan dalam meampuhkan suatu amalan. Kita beramal tapi kelebihannya hanya Allah yang berikan. Bukan beramal nanti dapat khodam untuk diarahkan berbuat sesuatu. Sebetulnya kita tak berkuasa mengarah khodam...teorinya sebelumnya anda terpaksa wiridkan dengan jumlah tertentu barulah khodam itu bekerja makna kata anda beri makanan kepada khodam tersebut dan anda seperti orang gaji dan khodam itu bos. Seperti khodam kerezkian...sebelum buka kedai makan kene baca amalan dia...pastu khodam itu akan bekerja...melambai-lambai, membisikkan kata-kata indah pada naluri orang ramai yang lalu depan kedai anda.

Khodam khusus ini adalah....contohnya selepas mengamal ilmu pendinding versi kejawen lalu dapat khodam pendinding, khodam ini yang akan berdamping dengan kita sentiasa. Juga disebut khodam ilmu oleh setengah pengamal.

Tidak mendatangkan masalah kepada pengamal? Itu hanyalah iklan memancing, cubalah kalau berani anda belajar ilmu khodam kemudian hentikan amalan wiridannya, nanti dah bertahun khodam pendamping anda akan mula membuat kacau, urusan bisnis jadi kacau, anak-anak selalu sakit-sakit, ular selalu masuk rumah, pendek kata akan ada gangguan. Cuma kita anggap ini mesti ada jin kacau...lalu kita pun amal balik wirid berkhodam tadi. Untung-untung gangguan sudah tiada...ya benar tiada kerana khodam dah baik kerana dapat makanan dari wirid yang kita baca.

Kalau katanya tiada gangguan pun tinggal amalan, khodam tak mari kacau pun...pada pandangan saya anda tidak diberi khodam satu pun, makna kata anda ditipu oleh guru anda atau guru anda pun ditipu oleh jin. Guru anda mengirim khodam...khodam itu pergi sekejap lalu menghilang, makna kata jin itu sudah permainkan anda dan guru anda. Atau pun guru anda sudah menarik balik khodam dari anda. Jarang benar guru ilmu khodam yang betul-betul menguasai ilmu khodam.

Dalam ilmu hizib pun ada 2 jalan, satu jalan yang benar, anda terima ijazah lalu amalkan wiridnya dengan caranya yang tertentu, yang mana segala khasiat hanya dengan kelebihan ayat-ayat Quran dari hizib tersebut dengan izin Allah jua. Jalan kedua anda terima ijazah langsung guru itu cakap diberi khodam hizib nasr, khodam hizib bahr yang mana kelebihan itu sudah bersandar pada khodam dan bukan pada kelebihan ayat Quran (sudah sediakala ada).

Dalam perubatan atau perkelahian menggunakan ilmu khodam, ianya tergantung kekuatan wiridan anda. Kuat anda berwirid kuatlah khodam anda dan akan menanglah anda bila berlawan dengan khodam bomoh lain.

Begitu juga khodam sedulur papat....selagi namanya jin lama-lama ia akan menipu kita juga. Contohnya dalam ilmu terawangan, mula-mula betul lama-lama dah serong ke lain.

Semua cerita ini sebahagian besarnya adalah pengalaman diri saya sendiri. Jadi kalau mau belajar, cari guru-guru tidak menggunakan khodam, guru hikmah yang benar-benar arif, atau tak payah belajar terus.

Khaddam Malaikat dan Khaddam Jin

Dipetik dari konsultasi spiritual dengan Habib Lutfy Bin Yahya, Ketua Jam'iyyah AhliTariqah Mu'tabarah Nahdhiyyah, Indonesia. Beliau adalah antara kiai-kiai khos dari Pertubuhan Agama Nadhatul Ulama (NU) Indonesia dan merupakan Syeikh Tariqah Syazaliyyah di Pekalongan.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Habib Lutfi yang dihormati. Ditengah keawaman kami mengenal dunia spiritual, terlebih dalam masalah makhluk Allah yang disebut khaddam, kerana sangat menarik hati kami, maka itu kami ingin menyampaikan sebuat permasalahan. Dengan harapan bisa menambah pengetahuan. Majalah Al-Kisah no 5 halaman 82-83, menerangkan tentang seorang yang bertanya bahawa dia pernah mendapat bisikan ghaib setelah mengamalkan sekian lama doa Nurbuwat (Nurun Nubuah). Habib Lutfi telah menjawab bahawa yang memberikan adalah jin bukan malaikat kerana malaikat sudah mendapat tugas sendiri dari Allah s.wt.

Dari sini muncul pertanyaan mengapa Allah mengutus jin dalam membantu manusia yang rajin dan banyak membaca doa? Padahal dalam kes yang sama (Al-Kisah no 4 halaman 81) pengasuh menegaskan, seburuk-buruknya manusia lebih masih baik daripada jin yang terbaik. Lalu ini bagaimana, sepertinya berseberangan?

Menyimak pengalaman si orang bertanya di atas, ada rasa khawatir di benak kami manakala akan mengamalkan wirid-wirid, jangan-jangan nanti kami di datangi jin. Bagaimanakah solusinya? Ataukah untuk mendekati Allah meniru metode Pak Dokter Kadarisman ( Al-Kisah no 2 halaman 61 ), yaitu setiap ada kesempatan membaca wirid
سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله اكبر dan hauqolah sampai 33x? Shalat Tahajud tiap malam? Bukankah katanya, "Kalau berlama-lama wirid, nanti yang datang jin muslim?

Dalam Al-Kisah no 4 juga dibahas bahwa, kalau tidak kuat wirid, bisa gila. Apa tidak bertentangan dengan firman Allah surah Al-Ahzab ayat 41 yang intinya justru kita diperintahkan banyak berzikir, " Ya ayyuhalladzina amanudzkurullaha dzikran kastiran "? Dan Hadis Nabi, "Berzikirlah kamu sampai majnun" ? Bagaimana ini? Atas komentar dan nasihat pengasuh, kami sampaikan terima kasih. Wassalam.

Jawapan :

وعليكم السلام ورحمة الله Saudara Fawzi, pertama yang patut anda ketahui adalah, setiap ayat Allah diberikan satu kelebihan olehNya iaitu adanya penjaga yang disebut Khaddam Al-Ayat. Khaddam Ayat terdiri dari para malaikat. Untuk membantu malaikat, diutuslah wakalah (wakil) yang diambil dari kalangan jin yang diambil dari kalangan jin yang terpilih. Dalam hal ini, kita harus yakin mana mungkin Allah memerintah jin biasa seperti yang tersebut dalam pertanyaan anda. Allah s.w.t Maha Tahu, mana yang bisa dititipi, mana yang diamanati.

Khaddam atau jin itu banyak yang menjadi waliyullah. Dan kita lihat salah satu ayat,

"Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk bersujud dan beribadah kepadaKu"-surah Adz-Dzariyat ayat 56.


Mengapa disebut sehalus jin lebih buruk dari sekasar manusia? Jelas, sebab jin mempunyai alam yang berbeza. Ia tidak terpengaruh gravitasi (daya tarik) bumi. Sedangkan manusia hidup di bumi, manusia terpegaruh daya tarik bumi yang sangat kuat. Alam jin sebenarnya itu ada di lepas atmosfera. Setelah itu ada udara hampa. Itulah yang membatasi jin dan manusia. Mereka sendirilah yang mau bermigrasi atau pindah ke bumi. Tapi sekali lagi, kehidupan mereka tidak terpengaruh daya tarik bumi. Alam mereka begitu kuat mempengaruhi. Magnetnya juga kuat sekali.

Satu contoh pengaruh magnet atas pergerakan jin terhadap manusia. Satu meter jarak manusia dengan jin, akan berakibat terpentalnya manusia jika makhluk jin itu bergerak. Orang akan terjatuh mendadak kerana gerakan lari jin meskipun telah satu jam berlaku. Hal tersebut kerana daya tarik dan magnetnya yang kuat sekali. Kerana itu disebut sehalus-halusnya jin itu sekasar-kasar manusia.

Lalu banyak juga tokoh jin. Dari kalangan jin juga banyak yang belajar kepada ulama-ulama dari kalangan manusia. Turunnya surah Jin dalam Al-Quran mengisyaratkan hal itu. Cuba kita pelajari kerana itu juga ada usul-usulnya sama seperti ketika Islam masih berada di tangan Rasulullah s.a.w.

Yang kedua, anda juga patut tahu tidak semua awrad itu mengadungi khaddam. Penjagaan malaikat memang diperuntukkan pada semua ayat. Ada malaikat yang menjaga bahagian seluruh ayat, tapi ada juga yang menjaga bahagian yang terkait dengan ilmu hikmah atau kandungan yanng ada di dalam ayat itu. Hal satu ini tidak bisa dilihat dari kacamata maknawi semata. Tapi jagan sampai semua keterangan yang saya berikan itu membuat anda takut berdoa dan berzikir kerana takut didatangi jin. Sebab masalah itu ada bahagian dan tempatnya masing-masing.

Kalau anda berpegang teguh pada ketakutan itu lalu pertanyaannya, bagaimana orang yang selalu membaca Al-Quran? Apakah orang-orang yang hafiz Al-Quran itu akan memiliki banyak jin? Yang jelas tidak sederhana itu. Semoga anda puas.

Doa Sakit Gigi

Hadis Al-Baihaqi, dari Abdullah bin Rawahah mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa giginya sakit, kemudian Rasullullah pun meletakkan tangannya yang mulia ke pipi Abdullah dan berdoa seperti dibawah ini sebanyak 7x :

اللهم أذهب عنه سوء ما يجـد وفحشه بدعوة نبيك المكى المبارك عندك

Ya Allah hilangkanlah darinya keburukan dan kekotoran apa yang dia rasakan dengan permintaan NabiMu yang mempunyai pengaruh dan diberkati disisiMu.

Maka Allah menyembuhkan sakit giginya sebelum beliau berganjak pergi dari Rasulullah s.a.w.

Dalam riwayat yang lain Humaidi berkata suatu ketika Fatimah binti Muhammad s.a.w mengeluh sakit gigi, lalu Rasulullah s.a.w memasukkkan dan menempelkan tangan kanannya pada gigi yang sakit dan berdoa :


بسـم الله وبالله أسـألك بعـزتـك وجلالك وقدرتك على كل شئ فإن مريم لم تـلد غير عيسى من روحـك وكلمتـك أن تـكشـف ما تـلقى فاطمة بنت خديـجة من الضر كله

Dengan nama Allah,demi Allah ku bermohon dengan kemuliaanMu dan kebesaranMu dan kekuasaanMu atas segala sesuatu sesungguhnya Maryam tidak melahirkan selain Isa yang berasal dari ruhMu dan kalimatMu (firmanMu) aku memohon agar Engkau melenyapkan rasa sakit yang dirasai Fatimah binti Khadijah semuanya.

‏هناك تعليقان (2):

moey يقول...

Bagus, tambahin terus postingannya terutama tentang fadilah doa nurbuat dan lainnya tentang layanan qalbu

jay.smile يقول...

makasih. aq copy yach amalannya. semoga bermanfaat.